
Sulit
3 tahun
Berdebar secara tiba-tiba, sesak nafas, badan terasa sejuk dan pening kepala
Saya wanita berumur 20tahun. Sebulan lepas, saya merasa berdebar, gelisah, panik,badan merasa sejuk,tangan bergetar, sesak nafas dan terasa macam nak mati lepas bangun mengejut dari tidur. Lepas itu, saya tak boleh tidur lewat sekiranya lewat saya akan sakit kepala, badan rasa sejuk dan sesak nafas. Dalam beberapa minggu ni saya kerap sakit kepala atau pening kepala. Saya tak dapat berdiri lama kerana akan merasa pening dan terasa nak pengsan atau pitam. Lebih-lebih lagi masa tengah solat. Turut juga merasa seperti ada sesuatu di bahagian leher. Rasa macam dibelit dan sakit dada seperti kena tumbuk atau kena tekan selepas bangun dari tidur. Sesak nafas dan pening kepala kerap berlaku. Kadang-kadang berdebar secara tiba-tiba. saya tak tahu apa jenis penyakit yg saya lalui. Saya harap doktor dapat jelaskan apakah penyakit yang saya lalui.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh berpunca daripada masalah kesihatan fizikal ataupun gangguan emosi. Kami akan menyenaraikan beberapa punca bagi masalaah anda secara umum :
Antaranya :
- Stres
- Kekurangan nutrisi dalam badan
- Anemia
- Hipoglisemia
- Dehydrasi
- Masalah keresahan (Anxiety disorder)
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami mengenai masalah anda. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah anda dapat ditangani secepat mungkin. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.