Sulit
4 tahun
Beri Ubat cacing pada anak
Saya bagi ubat demam dekat anak saya. boleh ke sy bagi juga ubat cacing pada dia? Atau kena tunggu dia sihat?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sebaiknya anda jelaskan jenis ubat demam dan jenis ubat cacing terlebih dahulu agar interaksi ubat yang dikaji adalah lebih spesifik. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis ubat demam serta ubat cacing. Secara umum, belum didapatkan interaksi merbahaya diantara kedua kategori ubat, namun ini tidak bermaksud tiada interaksi dan kesan samping.
Sebagai nasihat, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.