Sulit
3 tahun
Berkenaan Covid, adakah bahaya
adik saya telah menjalani covid test, dan mendapati" detected Covid- ORFLab gene CT value 26.73; N gene CT value: 18.99"
Adakah ini akan berjangkit untuk sekeluarga,
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak COVID-19. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, secara umum, Cycle Threshold (Ct) di bawah nilaian tertentu merujuk kepada bacaan untuk menentukan jika seseorang dengan keputusan ujian PCR positif secara tidak langsung dijangkiti virus (SARS-CoV-2). Hasil bacaan perlu disahkan oleh pihak pegawai kesihatan yang mengeluarkan hasil lab tersebut. Hal ini kerana pelbagai maklumat lain yang perlu ditanyakan kepada anda sebelum pihak kami membuat sebarang kesimpulan mengenai perkara ini. Namun begitu, sekiranya ahli keluarga anda telah disahkan positif covid, maka mereka hendaklah mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin walaupun berada di rumah. Individu yang disahkan positif covid-19 dan tidak memliki gejala atau hanya gejala ringan diwajibkan untuk kuarantin di rumah. Hal ini penting bagi melindungi ahli keluarga lain yang tidak terlibat dengan jangkitan wabak ini, daripada dijangkiti.
Kuarantin di bilik bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga lain samada makan, bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai pelitup mulut dan hidung, serta tiada sentuhan. Makanan boleh disediakan tetapi tidak boleh dikongsi bersama termasuk peralatan makan dan minum seperti pinggan, sudu dan garfu adalah disyorkan untuk diasingkan khusus selama tempoh kuarantin.
Anda juga perlu mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini