Sulit
2 tahun
Bersama ketika positif covid19
Saya dan suami positif covid19… dan kuarantin bersama dalam satu bilik dan satu rumah. Boleh ke untuk kami bersama dalam waktu kuarantin ? Atau boleh bersama selepas habis tempoh kuarantin ? Terimakasih saya ucapkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anda boleh bersama dengan suami memandangkan anda dan suami anda sedang menjalankan kuarantin bersama. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tiada kontraindikasi untuk mengadakan hubungan seksual semasa menjalankan kuarantin bersama jika anda dan suami anda sihat. Jika anda atau suami anda mengalami gejala seperti demam, dan sesak nafas, sebaiknya anda mendapatkan rehat secukupnya untuk membolehkan badan anda sembuh daripada jangkitan virus ini. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini