lorhlosta
6 tahun
Bersin ketika sedang kencing
semasa saya kencing saya ada bersin dan saya terasa sakit di saluran air kencing saya, seleoas kencing ada beberapa titisan darah keluar dari saluran kencing saya, sekarang saya dh kencing 3 kali masih ada titisan darah di titisan akhir air kencing saya, air kencing cuma seperti biasa tidak berubah warna. adakah itu effect dari bersin saya atau sebalik nya? terima kasih doctors
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara penyebab kencing pedih dan berdarah adalah:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada kemaluan
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































