Sulit
2 tahun
Bibir mengelupas dan kering
Bibir bahagian atas baru2 ini selalu mengelupas kering sejak mulakan diet pemakanan sihat.Adakah saya ada terkurang apa-apa zat mineral penting?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui punca kepada gejala bibir megelupas dan kering yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala bibir kering dan sering mengelupas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- cuaca kering atau terlalu panas
- dehidrasi
- tabiat sering menjilat lidah
- kesan dari ubat-ubatan
Namun begitu, bibir yang terlalu kering atau sering mengelupas juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius serta memerlukan pemerhatian doktor, antaranya termasuk:
- kekurangan mineral
- vitamin B
- zinc
- zat besi
- angular cheilitis
- jangkitan yis atau bakteria
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut, atau merujuk kepada pakar sekiranya perlu.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar Nutritionist.