
Sulit
5 tahun
Biji di belakang badan
assalamualaikum doktor…saya nak tanya belakang saya ni kan ada macam bijik…tapi x sakit laa…saya cuma nak tahu bijik apa tu…bahaya x kalau biar camtu je…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebaiknya anda jelaskan lanjut tentang lokasi biji di belakang serta ukuran, warna dan sebagainya.
Antara biji yang boleh timbul di daerah belakang adalah:
- cyst
- soft tissue tumor
- gibbus (pada tulang belakang)
- spina bifida
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih