Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Biji kecil di bahagian hujung mata

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 12:00 PM

Sulit 30 hari

Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya sesuatu mengenai mata. Di hujung mata kiri di bahagian lacrimal caruncle,terdapat biji berwarna putih dan tidak berapa besar dan tidak berapa kecil tetapi tidak rasa sakit. Adakah ianya cyst atau boleh membawa bahaya? dan apa rawatan yang diperlukan.

Dr Ramzdhan 30 hari
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Bintik bitot
  • Pterigium
  • Pseudoterigium
  • Pinguekula

Antara cara untuk hilangkan ialah:

  • membersihkan muka guna sabun yang sensitif pada kulit
  • bersihkan muka mengunakan exfoliator
  • memakai sunscreen
  • menggunakan retinoid topikal yang dihasil daripada vitamin A

Walaubagaimanapun, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 12:00:37 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Mata tentang sakit mata secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19