
sharmilahmike
5 tahun
Bintik merah berbintik dan rata pada badan anak
Anak berumur setahun sebulan baru sembuh dari demam panas selama tiga hari. Hari ini hari ketiga anak saya sihat dan saya perasan ada bintik merah pada badan anak, perut dada belakang, paha, lengan dan muka.
Tapi anak saya tidak menunjukkan sebarang rasa gatal apabila di sentuh dan dia macam sedikit agitate hari ini. Selera anak saya macam biasa, dia minum dan makan banyak.
Persoalan saya, apa pendapat doktor tentang rash yang anak saya dapat, adakah ia merbahaya dan apa makanan yang patut saya hindarkan dari anak saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan penjelasan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bintik merah pada bayi boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara seperti berikut:
- Henoch Schonlein Purpura
- Jangkitan kulit: bakteria atau kulat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
Bintik merah yang banyak pada badan anak kecil dikhuatiri adalah petanda terdapat penyakit serius yang mendasari. Justeru, adalah sangat dianjurkan untuk anda merujuk doktor berkaitan masalah ini.
Bagaimanapun, bagi mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.