
Sulit
5 tahun
Bird Nest consumption during pregnancy
Saya Dyana, 32 tahun, (lepas scan) doc sahkan saya mengandung 5w3d. I’m concerned about consuming bird’s nest during pregnancy, sebab saya memang minum almost everyday before found out I’m pregnant.
Then I received 5mg Folic Acid from the clinic.
- Should I take pregnancy milk or prenatal vits to get that additional vitamins?
- Can I still consume bird’s nest? Coz there’s a brand that we can request less or no sugar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Merujuk kepada pengambilan bird’s nest, belum ada kajian yang membuktikan bahawa pengambilan minuman ini adalah merbahaya bagi ibu hamil. Akan tetapi, belum juga ada kajian yang membuktikan bahawa minuman ini berkhasiat untuk ibu hamil.
Folic acid diberikan kepada ibu hamil di minggu awal dengan tujuan agar tidak terjadi kecacatan neural tube. Merujuk kepada supplemen tambahan lain, sebaiknya puan mengamalkan diet seimbang serta merujuk ke ahli nutrisi dan doktor untuk dibincangkan lanjut keperluan nutrisi sesuai dengan kondisi kesihatan anda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.