
Anonymous
5 tahun
Bleeding/blood clot in early pregnancy
Hi, saya berumur 30 tahun. Sudah mempunyai anak berumur 4 tahun. Dulu pernah mengalami “spotting” di kehamilan pertama, dan kelahiran normal dan lancar. Sekarang saya mengandung anak yang ke2. Mula2 late period dan cek kehamilan menggunakan upt test, positive result. Saya nak tunggu selepas cuti raya maternal check up. Tetapi, balik ke kampung mengambil masa lebih dr 6 jam roadtrip, sama rasa seperti contraction dan spotting sedikit keesokkan paginya. Terus berjumpa doc sakit puan di klinik biasa. Doc scan, early pregnancy at 4w5d. Doc mengatakan tak perlu risau kerana kedudukan baby di dalam keadan yg selamat (di dalam rahim kedudukan atas) katanya kalau di kedudukan bawah mungkin akan mendatang kan ada masalah. Kemudian saya pulang ke rumah, dan mengalami pendarahan. Sekarang saya confuse samada saya late period (saya bukan missed, tidak hamil) atau saya mengalami miscarriage. Pendarahan berlaku fresh blood dan blood clot.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya pendarahan masih berterusan/ mempunyai simptom seperti sakit perut yang teramat, pening dan sesak nafas sila rujuk ke klinik dengan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.