
nadiabahrilnb
5 tahun
Bleeding di awal pregnency
Sy berusia 26thn, first day last period saya pada 29/5/2019. Pada 22/6 kluar darah coklat, sy ingatkan period sebab every month memang regular. Esoknya langsung tak ada keluar darah. Pd 24/6 pula, darah coklat banyak keluar. Tapi hari seterusnya terus tak ada. Pada 26/6 sy try UPT, dan ianya positif. Pd 29/6 pula, kluar lagi darah tompok coklat sampai harini. Tetapi hari ini sy check ada fresh blood. Tak banyak & sy tidak rasa sakit dia bawah perut. Apakah kemungkinan tersebut doc? Adakah saya gugur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pendarahan kecil pada wal kehamilan adalah normal terutamanya pada trimester pertama.Namun begitu sekiranya darah tersebut semakin banyak atau anda mengalami gejala lain seperti sakit perut yang teruk, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Anda amat disarankan untuk segera ke klinik ibu mengandung bagi pengesahan dan pemantauan kehamilan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.