Sulit
2 tahun
Bola mata ada tahi lalat berbahaya ataupun tidak?
Saya baru perasaan bola mata saya terdapat bintik hitam seakan tahi lalat. Namun setakat saya hanya mengalami masalah silau sahaja. Adakah saya perlu berjumpa doktor untuk melihat perkembangan selanjutnya. Dan perlu ka saya untuk pergi kepada doktor pakar mata atau doktor di klinik swasta sahaja dahulu
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Conjunctival nevi (tahi lalat di area selaput bening pada mata). Kondisi ini biasaya muncul sejak lahir atau sejak masih anak-anak.
- Pinguekula, yakni bintik berwarna kekuningan yang agak tebal di area selaput bening bola mata (konjungtiva). Kondisi ini disebabkan oleh radiasi sinar ultraviolet, paparan debu, dan angin.
- Pterygium, atau sering disebut sebagai “penyakit selaput” oleh sebagian masyarakat awam. Kondisi ini tampak sebagai pertumbuhan jaringan di area bola mata yang berwarna kemerahan atau kecoklatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.