
noramira.mddesa
5 tahun
Bola mata putih sedikit kekuningan
Sy wanita berumur 26 tahun dan bola mata putih saya tidak jernih dah berwarna sedikit kekuningan. Adakah sy kekurangan vitamin atau bagaimana untuk jernihkan bola mata putih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bola mata putih yang kekuningan bukanlah penyakit akan tetapi adalah merupakan gejala (simptom) bagi sesuatu penyakit lain. Antara penyakit yang bermanifestasi dengan mata kekuningan adalah:
- Hemolisis (iaitu suatu keadaan apabila sel darah merah pecah)
- Hematoma
- Masalah hati
- Batu hempedu
- Jangkitan saluran hempedu
- Pancreatitis iaitu keradangan pankreas
- Kanser
Memandangkan kelainan bola mata adalah satu-satunya gejala yang anda alami, adalah sukar untuk ditentukan secara pasti penyakit ataupun keadaan yang mendasari keluhan anda ini. Bagi merawat, diperlukan maklumat lanjut berikutan info yang diberikan adalah kurang lengkap.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.