Sulit
4 tahun
Boleh atau tak vaksin
Salam dr, saya baru dapat tarikh untuk vaksin tapi sekarang ni saya ada rasa sedikit takut disebabkn saya ada masalah kesihatan iaitu tiroid. dan saya juga kadang2 mengamalami sesak nafas dan tidak tahu apa puncanya tapi sesak nafas yang dialami tidak lama cuma berapa minit. Dan saya juga mempunyai masalah angin dalam badan dan mungkin itu yg mendorong kepada sakit dada dan angin. saya nak tanya boleh ke saya ambil vaksin? tidak berbahaya ke pada diri saya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai beberapa masalah esihatan dan bimbang jikalau anda boleh mengambil vaksin Covid-19.
Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,anda boleh menerima vaksin Covid jikalau keadaan dan kondisi anda stabil.
Oleh yang demikian anda disarankan untuk tidak mengelakkan pengambilan vaksin.
Seseorang doktor akan membuat penilaian kesihatan anda sebelum anda diberikan vaksin Covid 19.
Anda juga akan dinilai dan diperhatikan oleh pihak medikal selapas menerima vaksin jikalau anda berada dalam golongan masyarakat yang memerlukan pantauan yang lebih berpanjangan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























