
Sulit
4 tahun
Boleh mengandung semula jika sebelum ini telah mengambil pil keguguran
Pada tahun 2019 saya telah mengandung dengan kandungan yang berusia 2 bulan dan saya telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut dengan membeli pil keguguran yang dijual di internet. Setelah saya membeli dan makan pil tersebut. Saya mengalami cirit birit dan pendarahan yang banyak. Saya telah terbaca di laman sosial mengatakan jika makan pil tersebut. Boleh menyebabkan mandul dan susah untuk mengandung. Tujuan saya disini adalah untuk mengetahui dengan jelas samaada peluang unt saya mengandung semula adalah tipis ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat tentang ubat yang anda ambil, sukar bagi pihak kami untuk menyatakan kesimpulan dalam hal ini. Namun begitu, untuk mengetahui jika anda masih subur atau tidak, anda perlu menjalani beberapa pemeriksaan oleh doktor pakar.
Antara ujian yang boleh dilakukan adalah:
- Ujian pangkal rahim (pap smear)
- Ujian darah untuk mengesan ovulasi (keluar telur)
- Imbasan ultrasound untuk melihat rahim dan ovari
- Hysterosalpingogram: x-ray untuk memeriksa tiub fallopion
- Laparoscopi: memeriksa tiub tersumbat.
- Hysteroscopi: teleskop teropong untuk melihat dalam rahim
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.