
Sulit
4 tahun
Bolehkah berlaku kehamilan selepas keguguran?
Saya wanita dalam 20’an dan saya baru sahaja mengalami keguguran 2 minggu yang lalu. Pada hari yang ke 15, darah nifas telah berkurangan dan telah melakukan hubungan intim bersama suami pada hari tersebut. Adakah kehamilan boleh berlaku walaupun mempunyai darah nifas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Sekiranya anda tidak mengambil sebarang pil perancang keluarga, secara teorinya kehamilan boleh berlaku pada mana-mana hari selepas keguguran. Walaubagaimanapun, tempoh kesuburan seseorang wanita itu adalah kira-kira dari hari ke sembilan hingga ke hari ke empat belas dalam kitaran haid. Namun begitu, anda digalakkan untuk tidak melakukan hubungan seksual ketika haid atau nifas atas alasan kebersihan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih