Sulit
3 tahun
Bolehkah discharge awal dari quarantin sekiranya keputusan saringan covid negatif?
Dimaklumkan bahawa rakyat malaysia yang baru pulang dari luar negara diwajibkan quarantin selama 14 hari di pusat khas, bolehkah discharge awal dari quarantin sekiranya keputusan ujian covid ialah negatif atau perlu habeskan baki 14 hari quarantin walaupun bebas covid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Anda perlu melalui kurantin 14 hari sehingga tamat tempohnya. Hal ini kerana keputusan ujian COVID-19 anda mungkin negatif pada awal kuarantin kerana virus ini masih terlalu rendah bilangannya dalam sistem anda. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk discaj awal buat masa sekarang untuk keselamatan anda dan keluarga anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini