
Sulit
4 tahun
Bolehkah simptom covid hilang jika kita kuarantin kendiri
Bagaimana jika kita pulang dari kawasan red zone dan didapati positif tanpa sedar.adakah dgn menjalani kuarantin kendiri boleh hilangkan jangkitan itu? Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kuarantin berfungsi untuk menjauhkan seseorang yang mungkin terdedah kepada COVID-19 daripada orang lain. Kuarantin membantu mencegah penyebaran penyakit yang boleh terjadi sebelum seseorang mengetahui bahawa mereka sakit atau jika mereka dijangkiti virus tanpa gejala. Orang yang berada di kuarantin harus tinggal di rumah, memisahkan diri dari orang lain, memantau kesihatan mereka, dan mengikuti arahan dari jabatan kesihatan negeri atau tempatan mereka.ni disebabkan oleh tempoh pengeraman virus COVID-19 antara 4 atau 5 hari sehingga 14 hari, info terbaru mendapati sehingga 10 hari. Justeru, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat, ianya diharapkan dapat mengalahkan penularan jangkitan dan perburukan gejala/simptom sepanjang tempoh kuarantin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini