Sulit
4 tahun
Breast kiri rasa mencucuk
Saya wanita berusia 47 thn. Kebelakangan ni breast saya rasa mencucuk. Adakah ianya tindakbalas selepas sy berurut kerana Baru2 ni sy ada berurut tradisional kerana lengan saya berasa lenguh dn kebas sehingga Di bhgn belakang sebelah kiri. Sy ada juga buat pemeriksaan breast sndiri ttpi rasanya sy tidak menjumpai sebarang ketulan. Pls adv doc. Tq
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- gangguan otot akibat aktiviti fizikal, posisi tidur yang salah atau faktor kerja
- pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- urutan tradisional yang memperparahkan lagi keadaan
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
- gangguan otot
- mahupun tanda-tanda awal ketumbuhan payudara
Justeru penting untuk dipastikan bahawa anda telah melakukan teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP dengan benar sebelum ke klinik. Kami juga tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut dari kami perlu dilaksanakan.
Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan (iaitu sakit kepala, kelemahan, mual, muntah, dll.)
- merasakan perubahan badan yang drastik (iaitu berat badan, bentuk badan, dll.)
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

































