
Sulit
4 tahun
Brown spotting pada hari kesuburan
Hi Doktor, sy wanita berusia 20an dan sudah berkahwin 2 tahun. Terdapat brown spotting semasa hari subur saya iaitu pada hari ke6 selepas hari terakhir haid. Saya dapati pada keesokan hari iaitu hari ke 7 juga masih ada brown spotting tersebut dan tiada tanda-tanda berkurang. Keadaan ini tidak pernah lagi terjadi pada saya. adakah ini juga haid? atau apa sebenarnya terjadi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan spotting ialah pendarahan yang berlaku di luar waktu haid. Pendarahan yang sedikit dan boleh disebabkan oleh:
- pil perancang kehamilan
- ovulasi
- pendarahan akibat implantasi zygote
- hamil
- pra-menopaus
- trauma
- polyp rahim atau pangkal rahim
- penyakit jangkitan kelamin
- penyakit radang pelvik
- endometriosis
- sindrom polisistik ovari
- tekanan hidup
- masalah kelenjar tiroid
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!