
Sulit
4 tahun
Brownish Vaginal Discharge (Cairan Pekat Berwarna Coklat)
Saya berumur 27 tahun dan telah berkahwin. Saya mempunya pcos sebesar 4 ke 5 cm. Saya ingin bertanya, bulan lepas saya telah datang period pada 19 April - 25 April. Tetapi, beberapa hari yang lepas ini (antara 12 May - terkini 14 May) terdapat cairan pekat berwarna coklat keluar dari faraj saya. Cairan tersebut berbentuk pekat. Saya perasan cairan tersebut setelah saya buang air kecil. Adakah cairan itu ialah period? kerana tarikh period saya sepatutnya seminggu lagi. Tetapi apabila saya check semula pada petang (14 May), tiada kesan cairan yang hadir di faraj bila saya check gunakan kapas. Dan pada waktu malamnya (14 May) terdapat lendiran berwarna kuning cair. Boleh saya tahu kenapa ya? Adakah cairan itu ialah period? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan coklat yang sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.