hairi_fly160
3 tahun
Buah Pinggang Terasa Kecut
Saya Hairi berumur 26 tahun, baru2 ini bertarikh awal bulan 12.2019 terasa mengalami sakit buah pinggang kiri dan kanan terasa kecut sampai saya nak berjalan dan tdur masih terasa tak selesa sb ianya rasa kecut dan tak mau kembang lagi…Punca terjadi disebabkan kekerapan onani doktor…
Jadi apakah ada rawatan ubat untuk kembangkan kembali buah pinggang saya doktor?Saya perlu ultrasound ke doktor?
sya di rumah bnyak minum air tetapi disebabkan saya kerap onani…terasa di buah pinggang sakit seakan mengecut punca selepas kerap beronani/melancap selalu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kami tidak memahami maksud anda tentang gejala buah pinggang mengecut selepas beronani. Hal ini kerana, tiada penyakit yang sebegitu mengikut pengetahuan kami.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.