Sulit
5 tahun
Cara menangani coronavirus di bangunan pejabat
Saya bekerja di syarikat swasta dan pejabat saya terletak di bangunan SOHO.
Saya nak bertanya, jika ada dikalangan pekerja di pejabat saya yang mengalami wabak coronavirus, bagaimana cara untuk pekerja lain menangani gejala wabak ini dari terus berterusan?
Adakah company saya perlu ditutup dan semua pekerja dikuarantin atau tidak?
Jika ada kes coronavirus dibangunan tempat saya bekerja, apakah yang perlu company saya lakukan?
Saya harap saya dapat jawapan yang sesuai kerana wabak ini amat serius.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang wabak coronavirus yang dihadapi oleh dunia sekarang.
Berikut merupakan langkah untuk menangani wabak coronavirus di pejabat.
- Pastikan permukaan meja atau objek yang sentiasa disentuh dibersihkan dengan kerap
- Mencuci tangan dengan kerap
- Bersin dan batuk dalam tisu
- Mendapatkan nasihat doktor sebelum melawat ke luar negara
- Sekiranya ada yang mengalami gejala COVID-19 digalakkan untuk tidak turun bekerja
Sekiranya ada pekerja yang disahkan COVID-19 syarikat tidak perlu di tutup dan semua pekerja tidak perlu di kuarintin. namun sekiranya ada yang mengalami simptom sangat digalakkan untuk tidak datang kerja dan berjumpa dengan doktor. Pasktikan pesakit tersebut memakai topeng sebelum keluar bagi mengelakkan penyebaran jangkitan.
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk maklumat lanjut mengenai COVID-19 anda boleh klik di sini (Nilai Risiko COVID-19) untuk menilai risiko anda terhadap jangkitan koronavirus atau klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM mengenai COVID 19.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































