Sulit
3 tahun
Cara merawat mati pucuk. Atau ejaklusi pramatang
Saya mengalami masalah kurang tegang…dan ejaklusi pramatang…bagaimana saya boleh merawat masalah yang dihadapi…saya mahu kembali seperti dahulu…saya merasa kurang yakin untuk semua hal
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah yang dihadapi boleh disebabkan banyak faktor seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung, Diabetes, Obesiti, Kolesterol tinggi, Darah tinggi
Bagi mengatasi masalah mati pucuk atau ED, beberapa langkah boleh dilakukan seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Kawalan penyakit kronik
- Pengambilan ubat-ubatan - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.