
defendi6283
4 tahun
Cara meredakan gusi bengkak selepas gigi di cabut
Sya lelaki berumur 33 tahun…dua hari lepas sya telah mencabut dua batang gigi sya…selapa cabutan d buat…gusi sya bengkak…bagaimana cara meredakan bengkak tersebut dengan pantas…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Setiap orang mempunyai jangka masa yang berbeza untuk sembuh daripada luka kerana hal ini bergantung kepada persekitaran, sakit-sakit kronik yang dialami serta ciri-ciri luka tersebut. Anda disarankan agar memastikan kebersihan mulut serta gusi dengan mengunakan ubat kumur yang telah diberikan oleh pihak doktor gigi. Jika perkara ini berlarutan, silalah ke klinik ataupun hospital terdekat.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.