ura.lark84
4 tahun
Cara penjagaan bayi yang ada masalah jantung berlubang
Salam doktor…
Anak saya telah disahkan mempunyai beberapa lubang kecil di jantung sejak dilahirkan. Soalan saya ialah, bagaimanakah cara penjagaan bayi yang mempunyai masalah jantung berlubang ini? Adakah sama seperti bayi normal atau ada cara penjagaan yang khusus?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jantung berlubang pada bayi baru lahir boleh terdapat beberapa jenis seperti:
- patent ductus arteriosus (PDA)
- ventricular septal defect (VSD)
- atrial septal defect (ASD)
Penjagaan adalah tergantung kepada diagnosis yang sebenar. Bagaimanapun, adalah digalakkan untuk memerhatikan sekiranya terdapat gejala seperti dibawah, segera bawa ke doktor:
- sejuk-sejuk
- pucat
- kebiruan pada bibir
- sesak nafas
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.