Sulit
4 tahun
Cara untuk mengatasi gangguan bipolar
Saya ade seorang kwn yang berumur 16 dan sejak kebelakangan ini sye selalu tgk dye mcm kemurungan dan dye ade mengatakan bahawa dye mungkin kene gangguan bipolar. Jadi sye nk tau cara untuk mengatasi gangguan tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan anda.
Ada bertanyakan tentang cara untuk mengatasi gangguan bipolar yang dialami oleh rakan anda. Kami akan cuba memberikan penjelasan.
Untuk makluman anda, masalah gangguan mental seperti kemurungan atau gangguan bipolar adalah masalah kesihatan yang kompleks. Diagnosis penyakit ini hanya boleh diberikan oleh doktor pakar psikiatri yang akan menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap pesakit sebelum membuat sebarang kesimpulan atau memberikan rawatan.
Oleh itu, rakan anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dan rawatan dapat diberikan. Kami juga boleh dihubungi untuk konsultasi atas talian agar kami dapat membantu dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu.
Terima kasih.


























