
Sulit
4 tahun
Cepat annoying bila org suka ulang2 cakap benda yg sama terutama benda yg dia rasa kelakar
Sya lelaki berumur 20an . Situasi sya skrang ni sya akan berasa annoying apabila dan baran apabila sesorang tu selalu ulang2 benda yg dia rasa kelakar banyak kali. Lepastu dia selalu buat perangai budak2 contoh cakap buat suara budak2 sya memang takleh tahan sebab dia ulang benda sama setiap kali jumpa dngan sya. Setiap kali nk tido mesti sya fikir apa la benda annoying yg akan dia buat esok sampai susah nk tido.
Apa yg perlu sya buat sya dh tak tahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor di klinik. Mereka akan memeriksa anda terlebih dahulu sebelum merujuk anda kepada doktor pakar sekiranya perlu.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami gejala sesak nafas apabila terlalu emosi adalah, deep breathing .
- Duduk atau berbaring dalam keadaan selesa.
- Letakkan sebelah tangan di perut di bahagian bawah tulang rusuk anda dan sebelah tangan yang lain di dada anda.
- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda, dan biarkan perut anda kembung dan pastikan dada anda tidak bergerak.
- Hembus nafas melalui bibir yang dikerutkan seolah-olah anda bersiul. Rasakan tangan di perut anda menurun ketika perut anda kempis, dan gunakan tangan untuk mengeluarkan semua udara keluar.
- Lakukan pernafasan ini 3 hingga 10 kali secara perlahan-lahan
Sekiranya kaedah ini dilakukan dengan betul ianya boleh membantu mengurangkan gejala yang anda hadapi .Selain itu, jalan lain yang boleh dilakukan adalah dengan berterus terang mengatakan kepadanya bahawa anda tidak suka akan cara gurauannya itu.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.