Sulit
3 tahun
Cepat pening kepala & sakit kaki ketika berjalan
Saya seorang gadis dlm lingkungan 20+ tahun, sejak kebelakangan ini, ketika saya keluar utk shopping di mana2, selepas seketika mesti saya akan rasa sakit kepala & kaki lenguh. Tapi sebelum ni saya okay je, boleh jalan jauh2… kenapa ya Dr?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi tentang sakit kepala mencucuk tersebut. Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Tambahan lagi, secara umumnya, kaki lenguh pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- gangguan muskuloskeletal (i.e. sprained ankle)
- gangguan vaskular (i.e. peripheral arterial disease)
- gangguan rematik (i.e. rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (i.e. sensory nerve injury)
- dan lain-lain
Justeru itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.