Sulit
2 tahun
Chalazoin pada mata kanan yang tidak pulih selama beberapa hari
saya remaja berumur 20 tahun, mata kanan saya mengalami ketumbit sejak september tahun 2020. Ketumbit itu tidak sakit. ia berada di kawasan eyelid saya. Sizenya lebih kurang 1.5cm. bagaimana cara menghilangkannya tanpa pembedahan??? Jika perlu melakukan pembedahan, saya ingin tahu prosedur pembedahan itu, aftereffect nya dan worst case for the operation. saya mengharapkan tidak perlu melakukan pembedahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pada mata kanan yang anda hadapi. Utuk makluman anda, chalazion ataupun ketumbit adalah jangkitan di folikel bulu mata. Simptom ketumbit ialah tiada kesakitan pada bahagian ketumbit tersebut, kemerah-merahan dan keradangan kulit, dan mata rasa seperti berbiji. Namun begitu ketumbit selalunya akan sembuh dalam masa seminggu tetapi ada juga komplikasi di mana jangkitan tersebut merebak pada bahagian lain kelopak mata.
Rawatan ketumbit boleh dilakukan di mana-mana klinik berdekatan. Tetapi rawatan bergantung pada keterukan chalazion tersebut. Antara rawatan yang boleh dilakukan di klinik adalah:
- ubat antibiotik
- ointment antibiotik
- ubat untuk kurangkan keradangan dan bengkak
Sakit mata mudah terjadi? Jangan biar ia menganggu anda
Walaubagaimanapun, jika ketumbit tersebut teruk melalui pemeriksaan doktor, mungkin perlukan rawatan incision and drainage, dimana doktor akan melakukan pembedahan kecil di bahagian ketumbit.
Saya sarankan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapat diagnosis yang tepat supaya dapat rawatan yang sepatutnya. Anda juga boleh klik ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih.
Pakar mata sedia membantu untuk mengenal pasti masalah anda.