Anonymous
4 tahun
Chicken pox dewasa dan ibu menyusu badan
Saya berumur 31 tahun dan terkena chicken pox setelah anak sulung sy sembuh dr chicken pox 2 minggu sebelum sy.Sy mempunyai bayi berumur 1bulan setengah yg masih menyusu badan…adakah boleh sy teruskan penyusuan dan ade ape2 langkah pencegahan utk bayi utk tidak dijangkiti…dan bahaya ke jika bayi berumur sedemikian bila mndpt chicken pox?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, anda perlu mengasingkan diri dan berhenti seketika dari menyusukan anak anda yang berusia 1 bulan tersebut kerana risiko jangkitan terhadap bayi adalah tinggi dan sekiranya mereka menghidap jangkitan ini, risiko komplikasi terhadap kesihatan mereka adalah lebih tinggi kerana belum mendapat suntikan vaksin.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.