Sulit
2 tahun
Cirit birit berwarna hitam
Ank sye umur 7thn… mengalami cirit birit hitam… harini Sudah 4x cirit… Ape kah punca nya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anak anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo, coklat dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
- Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.