rezkisalyana
6 tahun
Cirit birit dan hiccups
Saya cirit birit dan hiccups selepas 2 hari berturut makan ubat cacing. Hari pertama saya makan 400mg( 2 tab)… hari kedua saya makan satu brand ni 500mg… tapi saya terambil dua biji terus… ingatkan sama macam brand 400mg tu kena ambil 2 biji terus😭 ada masalah apa apa ke kalau saya hiccups and cirit birit ni😭
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan kesan lebihan dos ubat cacing, keracunan makanan atau alahan pada ubat cacing. Anda digalakkan untuk mengambil air kosong berserta sedikit garam untuk menggantikan kehilangan air akibat cirit-birit anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























