
Sulit
4 tahun
CIRIT BIRIT DAN Muntah Kanak2 1 tahun 7 bulan
Anak saya 1 tahun 7 bulan mengalami cirit birit dan muntah selama 5 hari. Kalau makan muntah. Najis dia berwarna hijau dan berlendir.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang dialami oleh anak anda boleh disebabkan:
- Demam influenza
- Keracunan makanan
- Alahan makanan
- Gejala awal kencing manis jenis 1
Untuk membantu anak anda, pemakanan dan hidrasi adalah penting bagi mengekalkan tenaga serta jumlah air dalam badan. Sekiranya anak anda tiada selera dan tidak minum air anda perlu membawa anak anda kehospital bagi pemeriksaan tambahan. Sekiranya anak anda boleh makan dan minum air serta ambil ubat, pemantauan rapi adalah memadai dirumah selagi anak anda menunjukkan tanda-tanda surut dari muntahnya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.