Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Cirit birit lebih 2 hari, berak berair dan muntah

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 4:23 AM

Sulit 6 bulan

Salam saya remaja berumur 18 tahun, saya dah 2 hari sakit perut and muntah,pada mulanya saya igtkan angin biasa, akan tetapi cirit birit saya berterusan sehingga saya masuk tandas lebih @0 kali sehari, dan cirit saya bukan cirit biasa, najis saya semua air yang keluar ketika saya berak, air yg sangat busuk, bukan najis tapi air, saya nak tanya apa yang sedang berlaku? Dan apa ubat yang boleh dimakan ya?

Dr Sri Viknarajan 6 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. Dua punca yang paling utama adalah keracunan makanan (food poisoning) dan radang perut dan usus (gastroenteritis). Keracunan makanan biasanya hanya menyebabkan cirit-birit untuk satu atau dua hari sahaja dan biasanya orang yang mengalami keracunan makanan tidak akan mengalami demam. Keracunan makanan disebabkan oleh toxin atau bahan kotor di dalam makanan.

Sebab lain seperti radang perut dan usus atau gastroenteritis juga satu kemungkinan. Kondisi ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau parasit. Jangkitan ini berpunca dari makanan dan minuman yang tercemar serta persekitaran yang kurang bersih. Pesakit akan mengalami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, sakit perut dan keletihan. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dihidrasi atau kekurangan air dan ia boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat dengan betul.

Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut. Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Doktor akan membuat pemeriksaan dan ujian selanjutnya untuk mencari punca kepada gejala anda. Setelah doktor memastikan bahawa anda menghidap radang usus dan perut dan bukannya penyakit lain, doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 04:23:51 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang najis abnormal secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Saya baru lepas menjalankan kolonoskopi tapi apabila saya buang air besar najis bercampur dengan darah. Adakah perkara tersebut normal selepas menjalankan produser tersebut. Sebab doktor ada mengambil sedikit tisu di dalam usus saya Adakah perkara tersebut normal ataupun ada yang patut saya bimbangkan. Adakah perkara ini akan hilang dalam jangka masa yang singkat ataupun perlu merujuk hospital semula Baca lagi...
28 hari
Sulit
Saya mengalami najis cair Saya wanita berumur 42 tahun. Hampir sebulan lebih saya mengalami berak cair ni. Kadang² perut terasa sakit. Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Najis anak 4 tahun kelabu / hijau kekelabuan Assalammualaikum / hai doktor. Anak saya berusia 4 tahun mengalami najis berwarna kelabu / sedikit hijau atau sedikit kuning kelabu. Anak sangat susah memakan nasi atau makanan pepejal. Hanya. … Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Anak saya kerap berak Anak saya berumur 4 tahun, najis kerap keluar sikit2. Even masa dia main. Sukar saya nak potty train sebab najis akan kena pada seluar. Ada sejarah sembelit sebabkan dia trauma, dan akan kepik k… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Ada ketulan kecik pada bahagian tepi dubur Assalamualaikum, saya seorang gadis berumur 24tahun. Dlm beberapa bulan lepas, saya ada berak. Then najis tu terlalu besaq smpaikan bahagian dubur saya terluka. And skrg dlm minggu lepas saya ad… Baca lagi...
4 bulan