muhammadazri411
6 tahun
Cirit birit, Sakit perut yang amat sangat macam gasterik, mual, lesu, sakit dan pening kepala, dan nk demam
Saya lelaki 23 tahun, 2 hari lepas saya ada makan secebis daging yang agak berbau bila di kunyah, keesok kan hari nya saya ada makan sup gearbox, daging, dan lemak nya sekali, saya makan dalam dua tulang sekali gus, salah satu tulang tu isi nya bukan lemak biasa saya rasa, sebab bila saya sedut tu warna nya kelabu, saya agak itu darah tapi saya makan juga smpi habis, lepas tu saya makan lagi nasi tomato kat rumab kawan saya dan dalam 4 jam selepas tu sata tertidur dan badan saya mula rasa sakit2 pada sebelah mlm kepala saya mula rasa sakit dan saya rsa macam nak demam, bila saya bangun keesokkan hari kelapa saya terus sakit dan pening2,
saya makan 2 bijik penadol mula2 tu kurang la sikit lepas tu jadi balik
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda risau tentang gejala anda. Doktor akan membuat ujian dan doktor akan memberi nasihat serta rawatan terbaik untuk anda. Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak.
Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.





























