
Sulit
5 tahun
Cirit birit selama 2 Hari
Hi doc. Says mengalami cirit birit selama 2 Hari sekali dgn muntah. Selepas 2hari semuanya berhenti. Sejak berhenti muntah dan cirit birit, saya berasa sakit di bhgn perut Dan rasa musl tidak berhenti. Kalau sy makan rasa pedih,kalau Tak makan sakit Pula!
Saya berasa perut saya senak. Blh tahu saya apa sebabnya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Penyakit ulser perut
- Radang pankreas
- Penyakit radang usus
- Alahan makanan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.