fakhriyxxl
5 tahun
Close contact tetapi tiada symptoms
Saya lelaki umur 28,saya ada close contact dgn patient 7 hari lepas.tetapi masih belum ada symptoms.perlukah saya pergi buat saringan sebab kawasan HKL agak beresiko tinggi utk dapat. Atau saya perlu kuarentin di rumah dahulu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk makluman anda, kontak rapat adalah individu yang berhadapan selama lebih 15 minit atau berada di dalam kawasan tertutup selama lebih 2 jam dengan individu yang disahkan positif COVID-19.
Sekiranya anda adalah kontak rapat, anda amat disarankan untuk membuat saringan COVID-19 di hospital yang tersenarain berikut Designated Hospital for COVID-19.
Pastikan anda mengamalkan social distancing dan menjawab dengan jujur semua soalan pakar perubatan yang merawat anda nanti.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda serta keluarga untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































