Sulit
6 tahun
COVID 19 Screening test
Salam doc…sy shaik mohamed bekerja sebagai safety officer di construction…sy ingin mendapatkn maklumat samaada pihak kkm boleh datang ke site kami untuk melakukan swab test ke ats pekrja2 di tapak pembinaan…ini kerana pihak MITI telah mengeluarkan permit kerja…dan adakah wajib swab test ke atas pekerja2 kami
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, saya rasa sukar untuk meminta pihak KKM untuk melawat ke kawasan anda bagi melakukan ujian saringan. Hal ini kerana meraka hanya akan turun ke kawasan yang telah ditetapkan atau mungkin kawasan yang berisiko tinggi.
Selain itu, pihak KKM tidak akan melakukan ujian COVID-19 sekiranya anda tidak memenuhi kriteria dan bukannya individu yang berisiko tinggi.
Untuk mengetahui risiko, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh
.
Akan tetapi, anda boleh melakukan ujian COVID-19 di syarikat swasta melalui link ini COVID-19 Screening At Home
Akan tetapi, ini hanyalah jawapan bagi soalan yang diajukan. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































