Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Covid - tekak gatal dan nafas semput

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 9, 2021 3:58 PM

Sulit 2 bulan

Saya positif dan dah kuarantin di rumah selama 6 hari… saya masih batuk dan gatal tekak… kadang gatal tekak menyebabkan nafas saya agak semput. Tambahan pula sy mula period hari ini… Perlu ke saya pergi ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kerisauan anda yang telah positif jangkitan Koronavirus. Kami akan cuba membantu anda.

Sekiranya gejala anda adalah terlalu teruk sehingga anda susah untuk bernafas, sila mengunjungi hospital dengan kadar segera supaya bantuan pernafasan dapat diberikan. Kami menasihatkan anda untuk terus memantau kesihatan anda sepanjang tempoh kuarantin.

Anda boleh meningkatkan ketahanan sistem imun anda dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan yang lanjut mengenai gejala anda.

Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Fri Jul 09 2021 15:58:04 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19