
Sulit
3 tahun
Cramp di bawah perut ketika hamil di trimester pertama
Saya baru mengandung selama 7 minggu. Tapi saya ada keluar darah pada hari khamis iaitu semalam sehinggalah hari ini, secara tiba-tiba saya mengalami cramp di bawah perut yang teruk. Saya juga mengalami rasa loya tetapi ketika ingin mengeluarkan muntah saya, saya mendapati terdapat gumpalan yang keluar. Jadi disini saya ingin mengetahui bahawa saya mengalami keguguran kah atau bagaimana?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami pendarahan pada awal kehamilan dan kekejangan perut yang teruk. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, gejala pendarahan sewaktu awal kehamilan perlu dirujuk dengan doktor dengan segera. Gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi
- Pendarahan daripada serviks
Namun, gejala-gejala ini boleh berlaku akibat perkara yang serius yang memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera seperti:
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.