Anonymous
6 tahun
Cyst dan abdomen pain
Saya berumur 32tahun, sy pernah didiagnosis ada cyst 4tahun dahulu tapi tidak buat rawatan susulan. Sekarang saya tgh berusaha untuk mendapatkan zuriat tapi tidak berjaya. Sekarang saya alami sakit pinggang cramp yg teruk kalau buat kerja berat dan saya akan rasa sakit pada abdomen bawah perut selepas bersetubuh bersama suami ketika klimaks… saya mahu pendapat dari doktor sebab saya terlalu takot untuk check up sebab takot tak boleh terima kebenaran if saya disyaki ada tanda2 ‘kanser’… tolong bantu saya doktor … -Suri368
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Untuk makluman pihak anda terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit perut. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah pada buah pinggang seperti jangkitan kuman atau batu karang
Masalah pada organ peranankan wanita seperti ovari
Masalah yang anda hadapi ini memerlukan perhatian lanjut kerana pendarahan selepas hubungan seksual bukanlah perkara normal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























