Sulit
4 tahun
Cyst ovari dan pil perancang
Sy wanita berumur 26 taun…pada taun julai 2018 sy ada buat pembedahan untuk membuang sista ovari d kedua2 ovari saya (dermoid cyst)…slepas 3 bulan pmbedahan sy mngambil keputusan untuk mngambil pil perancang (regulon)sampai sekarang november 2019.sy sering mngalami sakit pinggang sebelah kiridan rasa sakit sampai k kaki kiri…dan bahagian abdomen…adkah itu kesan dari pil perancang atau sintom2 cyst tumbuh kembali??dan bilakah msa yang sesuai untuk sy hamil memandangkan luka pembedahan tu besar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit pinggang yang menjalar tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
Masalah pada struktur ovari pada wanita
Masalah pada usus
Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.