
ucu03
5 tahun
Dada terasa sakit dan menyucuk
Saya berumur 50th. Saya sering sakit dada sebelah kiri. Ini berlaku hampir setiap hari akhir-akhir ini. Sakit rasa mencucuk. Walaupun waktu tak buat apa-apa kerja rasa sakit pun masih ada. Tapi saya tidak ada rasa sesak nafas, penat atau pun berpeluh. Cuma saya sangat risau kalau sakit ini berkaitan dengan jantung. Untuk makluman Doktor saya sudah beberapa kali buat ECG tapi doktor kata bacaannya normal. Soalan saya apakah bacaan normal ECG bermaksud saya tidak ada masalah dengan jantung?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ECG yang normal dan disertai gejala sakit dada tidak sama sekali mengetepikan kemungkinan sakit jantung. Namun, banyak punca sakit dada yang menyebabkan ECG normal seperti:
- Angina tidak stabil (salah satu varian sakit jantung)
- Jangkitan paru-paru
- Radang myokardium (tisu jantung)
- Anemia (kurang sel darah merah)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!