Sulit
3 tahun
Dahi berdenyut setelah dikerutkan
adakah ini tanda migrain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman anda, berikut merupakan tanda-tanda sekiranya anda menghadapi masalah migrain:
- Sakit kepala di bahagian kiri atau kanan, atau kedua-duanya
- Sakit kepala seperti berdenyut-denyut
- Sensitif kepada cahaya, bunyi dan juga deria bau.
- Muntah dan loya
- Melihat bintikan cahaya
Gejala dahi berdenyut anda ketika anda kerutkan mungkin bukan salah satu tanda migrain dan ia mungkin satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom diatas, kami sarankan agar sentiasa menjaga waktu pemakanan, banyakkan minum air dan juga betulkan posisi ketika tidur atau rehat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih