
lovelynilez
6 tahun
Darah Dalam Air Kencing
Saya berusia 42 tahun. Saya baru saja dapat result “blood test”. Doktor kata dalam air kencing saya ada sedikit darah. (bila tgk dgr mata kasar tak nampak). Saya tak ada rasa sakit bila buang air kecil. Saya juga banyak minum air suam. Cuma saya ada rasa sakit pinggang bila berdiri terlalu lama.
Saya risau sbb sangat takut kalau ada penyakit serius seperti kanser atau sebagainya. Boleh doktor terangkan tentang ni dan cara rawatannya. Terima kasih doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah dalam air kencing yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.