nursuehaney
6 tahun
Darah haid berwana coklat
Saya wanita berumur 26tahun. Sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga dan belum ada rezeki kami untuk ada zuriat. Period saya selalu on time. Jarang tak on time. Bulan lepas period saya hanya datang 2 hari. Bulan ni period saya lewat 3 hari dan hari ke empat keluar darah sedikit dan berwarna coklat. Normal ke? Saya risau rahim saya tersumbat. Ada ke rawatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan haid lewat antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Biasanya haid yang lewat sekitar 2-3 hari adalah normal, namun maklumat lanjut tentang gejala yang anda hadapi adalah diperlukan. Adakah pada hari keempat darah keluar sedikit dan berhenti atau masih keluar pada hari berikutnya? Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



























