Sulit
4 tahun
Darah haid keluar pada hari ke 22
Sy berumur 25 thn, dtg haid pada 15-25 dec 2020… Harini 5jan 2021, terdapat drh bewarna gelap keluar… Adakah ini normal dan adalah drh haid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami memahami akan kebimbangan dan kerisauan terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan darah pekat keluar. Antaranya ialah:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



























