
Sulit
5 tahun
Darah haid kluar sngt sedikit
Salam dan selamat sjahtera…sya wanita berumur 23 thun…sya bru brkhwin lbh kurng 5 blan…msalah sya bermula blan lps…di mana period sya dtng lewt 2 mnggu…ttapi period itu dtng dngt lncar…bln ni sya mngalami msalah…di mna period sya hnya dtng darah haid yg sngt sedikit…kdang2 sja kluar kna tuala wanita…kdang2 bla kncing bru kluar drah …kes ni brlaku dh hmpir 5 hri…sebelum ni sya x prnah ada msalah sprti ini…mohon pencerahan doktor…terima ksih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.